Pages

Kek Batik

Bahan-bahan :

  1. 1/2 tin susu krimer manis
  2. 1 paket biskut marie (tak kisah la brand apa, kalau nak lembut beli brand biskut tiger)
  3. 1 paket kecil milo
  4. 1 paket nescafe 3 in 1 / peanut butter 1 sudu
  5. 1/2 butter cup

Cara-cara :
  1. Tuangkan susu dalam mangkuk dengan butter cup, kacau sampai sebati, nak senang pakai hand mixer.
  2. Biskut marie patah empat.
  3. Lepas sebati, tuangkan campuran susu dengan buttercup tadi dalam kuali panas, jangan berhenti kacau,  dengan api yang kecil.
  4. Masukkan air masak sedikit sahaja
  5. Agak-agak dah naik kuning tu terus tuangkan milo dengan nescafe tadi, kacau rata-rata, milo akan jadi ketul-ketul kalau tak kacau rata.
  6. Bila milo dengan nescafe dah tak ketul-ketul lagi terus tutup api ambil sikit dari jumlah adunan ni tadi pindah ke bekas lain untuk dibuat topping dekat atas supaya kek batik nampak cantik
  7. Kemudian masukkan biskut marie kedalam adunan yang masih tinggal, dan kacau supaya semua biskut marie terkena adunan tadi.
  8. Tuangkan dalam bekas, tekan-tekan bagi rata, letakkan adunan yang kita dah asingkan tadi dan masukkan dalam peti ais.
Tips 1 : Nak senang potong biskut marie tanpa pecah dan melekat dekat bekas, letakkan plastik yang tebal sikit dalam bekas sebelum tuangkan adunan dgn marie tadi. Tapi pastikan adunan dengan marie tadi sejuk sikit baru masuk dalam bekas, kalau plastik tu nipis kena panas sangat la tidak bagus okay.

Tips 2 : Kalau nak susunan kek yang cantik, jangan masukkan marie dalam adunan, just susunkan biskut marie dalam bekas dan tuangkan adunan, bubuh lagi biskut marie, bubuh adunan dan lakukan berulang kali, akhirkan dengan lebihan adunan yang diasingkan tadi sebagai topping.

(gambar google)