Pages

Thursday, January 15, 2015

Jiwa Kental WEBSITE DESIGNER

Assalamualaikum...

HuH~~~ Jiwa DESIGNER sesangat, okay, sebelum tu ily bagi sedikit background education ily. Form 4 - form 5 ily study ambil jurusan Civil Engineering, so masa study ni ily minat sangat dengan subject architecture, sampaikan dalam kelas, ily ni tahap boleh mengajar kawan-kawan lain... ehemm.. @_@ .. bile dah habis SPM, ily dengan berkobar-kobar apply la sebagai pelukis plan, tapi langsung tak dapat... nak kata result arkitek hancus,, tak juga... yang ily dapat semua pasal IT, graphic designer la.. programming la.. What is that??? senang cerita ily punya bengap pasal IT ni tahap kritikal level 4...

Dengan rasa penuh tawakal, ily pilih utk ambil jurusan IT in programming dekat Politeknik Kuala Terengganu.. First day nak masuk class, ily dah start rasa seram sejuk... bukan sebab ada lintasan bayang-bayang hitam ke ape ke.. tp sebab nak switch ON PC pun ily tak tahu.... T_T sedihnyaaa hidupp time tu... untuk hari-hari yang berikutnya, baru la faham apa benda tu programming, dah la pasal PC ni 100% daya ketahanan otak merudum jatuh..pilih pula programming.. rasa macam lepas study ni dunia terus gelap... punya la pening nak faham bahasa yang bukan bahasa manusia ni.. tapi mujurla sem 2 ada belajar pasal designer and direct dari sem 1 sampai sem 6, kami ditekankan cara-cara nak buat website, design website, coding-coding website... nampak la sikit glitter-glitter dalam kegelapan tadi tu.. 

Habis je study, Alhamdulillah senang betul ily dapat kerja, dah lebih 2 tahun ily bertahan kerja sebagai website designer... tapi sejujurnya nak bagitahu rasa menyesal pun ada, rasa macam nak study balik ambil nurse ke, account ke... tapi mak kata ily tak boleh jadi nurse, nanti mati semua pesakit... -_x sampai hati makk...


So, ily nak cerita la sikit pengalaman ily jadi private website designer dekat company services ni :
  1. Private website designer dekat company services, apa yang di servis?? tax, audit, account, secretary, include GST... so, dekat company ni ily sorang je position IT ni, masa mula-mula masuk kerja ily rasa macam otak-otak ily dah gagal berhubung dengan baik, printer tanya ily, network tanya ily, sampaikan microsoft word pun tanya ily, asal tak tahu buat je, dieorang akan serahkan dekat ily BULAT-BULAT O0O0O, suruh ily handle, padahal tak ada kena mengena dengan position, okay!! lets think positive!!! tak apa, kita niat menolong..
  2. Memandangkan ily sorang je budak IT, kalau ily tak tahu apa-apa, ily kena juga belajar sampai dapat, dan ily tak rasa kesal dengan benda ni, sebab benda yang kita cari tu ilmu yang kita boleh simpan dan guna.  YANGG ily DOWNNN sangat bila apa yang ily tak tahu, cari-cari tak jumpa, boss pula kata nak urgent... YA ALLAH.... seriuss time tu rasa nak kurungkan diri dalam toilet office, dan bila tak berjaya buat juga, boss gunakan outsource, masa tu rasa diri TAK ADA FUNCTIONNN... hari tu juga aku balik kerja dalam keadaan serabai... -_-
  3. Ily bukan setakat handle website, tapi ily juga designer untuk segala benda dalam office ni, flyer, banner, cover diary office, advertising untuk newspaper dan segala benda la... SO.. APA YANG STRESS NYA? okay, bila company ily ada event, ily la orang pertama yang kelam kabut nak prepare semua benda tu, dekat website pun sure kena update, ily sorang nak handle semua design tu okay!!!! feeling die tuuu,,, rasa macam nk balik rumah tarik selimut tidur sampai event dah settle..
  4. Yang paling menyedihkan bila design ily direject... so kena buat design baru, tapi ini perkara biasa dalam dunia designer, asam garam kehidupan la ni... cuma sedih la... sebab ily semangat design nak kasi gempak.. nak serappkan segala ilmu yang ily belajar dalam design-design ily, sekali tunjuk kat bos, bos kata i tak nak design mcm ni, you buang ni.. you buang tu.. background kasi tuka plain color, font kasi tukar formal... alih-alih dah semua benda kena buang..kena tukar konon nak design ala corporate image, design ily dah kosong lapang betul mata yang memandang... *_* kalau macam ni la kerja ily, bagi dekat budak f1 pun dia buat sambil korek hidung je okay. Faktor ni pun buat diri ily rasa macam TAK ADA FUNCTION!!!
  5. Ni satu lagi perkara yang ily still tak boleh terima kenyataan, hujung-hujung tahun semua orang busy gila, tapi ily pula maintain tak ada busy sangat, tak ada free sangat.  Company ily ni pula sebelum-sebelum ni dah handle banyak event untuk cari client, so segala maklumat client yang client isi dalam form kena masukkan dalam database, client isi form dalam kertas taw.. DENGAN SECARA AUTO NYA... kerja ini akan menjadi hak milik NUR ILY AINAA sebab yang lain busy sampai tak sempat nak buat benda alah ni.. ily kena la taip satu-satu nama, nama company, phone number, email masukkan dalam database, kalau tulisan cantik tak apa juga, senang faham.. ni takk... semua tulisan standard main cakar-cakar... nak kata apa, dah boss suruh, layankan jela. Ily pun buat je la dalam keadaan pasrah sambil kepala tersengguk-sengguk ala-ala tengah main drum, mengantok okay buat kerja macam ni langsung tak menguji minda.  Balik kerja pun muka still muka mengantuk dan mata dalam keadaan juling sebab tengok tulisan yang semuanya INDAH-INDAH belaka. Kalau korang nak tau 2014 je ily kena key in database maybe almost or more than 5K!!! gilaa xjuling kauuu...sekali key in 1K lebih...
  6. Memang GERAMMM bilaa ily asyik dapat kerja last minute, esok due date, petang dah nak dekat balik kerja baru dieorang bagi kat ily, lepas siap design ada je nak suruh ubah, tapi bagi last minute, masa tu kelam kabut dengan stress tak payah cerita la kan, pernah buat kerja sambil air mata bergenang sebab stress... padahal hal kecik je pun, tu pun sambil nak bergenang air mata bagai... :P
  7. Macam yang ily bagitahu, bile bos minta corporate design, suruh buang tu la.. suruh buang ni la.. font pun pakai times new roman dengan arial je.  Bila ily nak cari kerja lain, nak tunjuk portfolio ily rasa kurang yakin sikit dengan design-design yang macam tu... company IT ni mesti la nak orang yang kreatif, tapi design ily pula tahap level paling low... sadiss nye la hidup time tu...


HARI-HARI cari kerja lain, kalau boleh nak dapat company yang betul-betul company IT, at least ada geng nak buat kerja, tak tahu boleh tanya.. Alhamdulillah rezeki ily Allah dah tetapkan, banyak tawaran kerja ily dapat, banyak company panggil interview, tapi hati ni suruh reject semua, bukan tolak rezeki tapi rasa berat betul nak tinggalkan company sekarang ni.. kenapa ek?

  1. Sepanjang 23 tahun lebih hidup, tak pernah lagi merasa naik flight, company ily buat company trip pergi phuket, so merasa la juga naik flight even just for 1 hour.
  2. Alhamdulillah, setakat ily kerja 2tahun bos tak pernah marah tengking ily walaupun ily buat salah, bos-bos akan tegur cara baik, ily ni pula jiwa tak la kental mana... kena marah sikit boleh melimpah air empangan. Sebab ni juga buat ily rasa terlebih selesa kerja dekat sini kot.
  3. Majoriti yang kerja dekat office ily chinese,dalam seratus lebih staff, india ada la 4 orang, melayu dalam 10 orang.. yang lain semua chinese, yang paling best, bila dieorang ada kutuk ily ke, mengumpat ke, tak puas hati ke, ily takkan tahu sebab dieorang sembang dalam bahasa dieorang, manalah nak faham kan.. so benda tu akan jadi macam angin lalu.. ily pun tak payah sibuk-sibuk nak sentap dan pikir sampai tak boleh tidur malam.. :D
  4. Raya cina, masa single tak ada zauj lagi, ily yang tak sambut raya cina ni pun dapat angpau taw... waaa... memang syiokk la kann.. tapi dah kahwin ni kalau ikut style cina memang orang dah kahwin tak boleh dapat angpau, kemungkinan besar ily akan tuntut kerugian ni dekat zauj ily... $_$  abang~~ jangan lupa angpau ily bulan 2 nanti ye~~ pasal sampul angpau jangan risau, ily sponsor... :)

Untuk fresh grad, korang jangan la asyik nak tukar-tukar kerja je, cuba korang minum susu enfagrow supaya sel-sel otak dapat berhubung dan seterusnya dapat berfikir secara positif. Dekat mana pun korang kerja, company kecil ke besar ke... pasti ada kekurangan dan kelebihan... Korang pergila company mana pun, mesti akan ada benda yang korang tak puas hati dan serba tak kena la.. Semua ni sebenarnya bergantung pada diri kita juga, cara penerimaan kita, cara pembawakan diri kita... yang paling penting korang cari dan kumpul pengalaman sebanyak yang boleh.. Lepas tu kalau ada offer yang jauh lebih baik, jawatan pun naik.. gaji pun naik.. environment pun cantik.. orang dalam company pun lagi better dari company lama why not korang move kan... cuma kalau bos sampai tak bayar gaji dan berlaku penindasan terhadap staff, tu bukan masalah pembawakan diri korang lagi dah.. tu memang masalah company, tapi jangan cepat melatah okay!!! anggapla ujian untuk korang mulakan career korang... 

GOOD LUCK UNTUK KORANG!!!