Pages

Tuesday, January 13, 2015

Persediaan Perkahwinan Mengikut Bajet

Assalamualaikum

Alhamdulillah, siap dah create blog baru.. o_O, waaaa... tajuk bukan main lagi kannn... Ily nak share dengan semua-semua mengikut pengalaman ily sendiri yang dah selamat bergelar zaujah pada 27 December 2014 (Alhamdulillah) ^_^ ... Okay!! perkara-perkara yang ily nak share ni InshaALLAH perkara-perkara yang berguna bagi pasangan yang nak mendirikan masjid, (InshaALLAH) ...

Sekarang ni nak kahwin pun rasa susah... x_X" nak kena sediakan macam-macam borang, nak kena booking itu la, ini la... semua kena buat awal-awal, kalau lewat je orang tak nak dah... MASALAH PALING UTAMA sekali!!!! DUIT!!! huhhh~~~ kadang sebab kewangan yang tak stabil ni la yang buat kita tangguh perihal kahwin.

Apa kata korang buat ikut kadar kemampuan korang je, tak payah nak over sangat, tak payah nak bajet artis, yang paling penting majlis yang penuh berkat.  Kita nak hidup dengan zauj kita InshaALLAH hingga Jannah, tapi kalau majlis pun banyak maksiat, banyak pembaziran hurmm~~ faham-faham jela~~~ DANNN... jangan lupa simpan duit untuk selepas kahwin juga, lepas kahwin pun banyak nak pakai duit, takkanlah lepas kahwin pun korang nak susahkan mak ayah lagi kan, nak tinggal dengan mak ayah lagi... kalau niat nak menjaga mak ayah SANGAT BAGUS... tapi kalau niat nak MENJIMATKAN DUIT POKET korang... -_- hurm.. smpai mak ayah tanggung makan minum, ITU TAK BOLEH BLAHHH~~~ macam-macam mana pun kena belajar hidup berdikari walau susah...


Okay, ily explain mengenai borang nikah dulu :
  1. Borang nikah dari pejabat agama valid 3 bulan sebelum nikah.
  2. HIV Test valid 6 bulan sebelum nikah.
  3. Sijil Pra Perkahwinan, valid forever.
So ily suggest buat HIV Test dulu baru settlekan borang nikah, make sure buat dekat klinik atau hospital kerajaan, jangan memandai sebab tak nak tunggu giliran kat klinik / hos gov korang pergi buat dekat swasta pula, sebab ada yang kata pej agama tak nak terima under swasta ni.  
Okay, untuk sijil pra perkahwinan pergi lagi awal lagi bagus, masa dekat IPTA kalau ada hujung minggu yang terluang pergila buat sebab boleh diguna seumur hidup. Ada setengah tempat dapat penceramah yang tersangat la mengantukkkk... Tapi ily dapat penceramah yang memang syiok, Alhamdulillah segar je mata. Jadi ily nak promote kat korang MAHLIGAI FIRDAUS area SETIAWANGSA depan GIANT.
Berkaitan borang-borang nikah ni pula, sekarang ni ada setengah Negeri, dia suruh kita guna via ONLINE sahaja, jadi tak payah la susah-susah kita nak kena pergi pejabat agama nak ambil borang. Untuk Negeri Sembilan dengan Perak dah pakai ONLINE taw, negeri lain kalau nak dapatkan kepastian call je ke pejabat agama lagi senang. Lagi satu korang kena betul-betul faham pasal borang bermaustatin and etc, refer dekat pejabat agama macam mana proses dieorang lagi senang, sebab pejabat agama dalam Malaysia ni tak semua sama.


Sekarang kita buka topik kewangan pula :

Pertamaa sekaliiii!!! ily nak pesan jangan la letak hantaran korang tinggi-tinggi sangat, dalam islam tak ada pun kata hantaran ni perkara wajib, hantaran ni sekadar mengikut adat melayu kita je, sekarang ada yang sampai belas-belas ribu, puluh-puluh ribu.... $_$ ily tak dapat nak bayangkan perasaan kaum adam yang tak berkemampuan bila dengar amount ni dari bakal mentua...

Kedua, korang jangan harapkan duit dari bakal zauj je nak tanggung kenduri bagai, make sure kaum hawa pun kena ada simpanan sikit

Ketiga, korang buat list apa yang perlu ada, perlu beli, apa yang penting. Kalau ikut pada kenduri ily, list duit keluar ily macam kat bawah ni, dari benda kecil sampai ke besar ily bagi -


  1. Sijil Pra Perkahwinan - RM80.00 (ily ambik lagi 5 bulan nak kahwin, perkara last minute jangan contohi ye)
  2. Baju Nikah Perempuan, Veil, Tudung, Kasut nak pergi Masjid - RM350.00 (baju melayu, kasut - RM250.00)
  3. Doorgift termasuk paperbag - RM800.00 (-ily bagi tasbih, keropok, baulu, meruku, coklet untuk tetamu, -untuk kawan-kawan rumah sewa dekat KL ily bagi gelas, -untuk tetamu non muslim ily bagi bekas kaca dengan coklet, -untuk tetamu belah lelaki ily bagi telur, tasbih kristal, keropok *semua tasbih untuk para tetamu dan belah lelaki ily buat sendiri, save bajet-)
  4. Bunga pahar - RM45.00
  5. Jemputan Anak-anak sekolah Tahfiz - RM Seikhlas hati (berapa ringgit ily tak tau berapa, sebab yang ni abah bayarkan seikhlas hati, sebab anak-anak sekolah tahfiz ni buat ikhlas...ily tak ada kompang / silat / etc, ily cuma ada berarak sambil selawat, InshaALLAH majlis lebih berkat bila kita jemput anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, dan insan-insan yang tidak berkemampuan.)
  6. 5 Khemah - RM900.00
  7. Photographer - RM700.00 (kalau ada kawan photg lagi bagus, kalau tak ada, ambik je pakej burn, nk cuci gambar beli frame kita boleh buat sendiri, pasal edit gambar pula, trust me gambar yang diambil guna camera mahal ni dah memang cantik, tak perlu edit pun tak apa, kalau nak juga, belajar la guna photoshop)
  8. Bayaran Kadi dan Saksi - RM150.00
  9. Kek - RM300 (kakak ily sponsor kek 2 tingkat)
  10. Candy Buffet - RM300 (kakak ily sponsor sepenuhnya)
  11. PA System - RM XXX (tak dapat nak pastikan berapa, sebab parents yang bayarkan, lagu just play lagu agama, dan tak ada nyanyian kaum hawa.)
  12. 1 set bilik tidur - RM1150 (yang ni ily terpaksa beli sebab parents baru pindah rumah, ily pula dah ada bilik sendiri, tapi tak ada perabot, so korang boleh ignore benda ni and yang ni parents ily support RM800.00.. heee)
  13. Barang hantaran - RM850 (harga ni, termasuk barang dan hiasan, hiasan hantaran ily diy sendiri, 11 dulang)
  14. Kad jemputan 500 keping - RM250 (tapi korang still boleh jimat, ily buat last minute so terpaksa design sendiri hantar kedai print, zauj ily buat siap dapat banner, penunjuk jalan harga lebih kurang ily juga..)
  15. Wedding Planner - RM9400.00
    • Catering untuk 800 tetamu, 2 meja vip, hiasan meja pengantin, sarung kerusi tetamu
    • Pelamin
    • Pintu gerbang siap dengan red carpet
    • Sepasang baju sanding beserta aksesori (tapi aksesori lelaki macam rantai kami tak ambil cuma ambil keris je)
    • Mekap dibutik (yang ni pun ily tak ambil, tukar pada samping nikah untuk lelaki)

Untuk case ily, bajet ily bawah RM17,000.00, kalau korang kira jumlah dekat atas tak sampai RM15,xxx.xx pun... ily total 17K sebab still ada benda-benda kecil yang ily beli, contoh bunga mangga dan sebagainya.... and set perabot bilik tu korang boleh ignore.

Tapi kalau yang bajet RM10,000.00 pun boleh, contohnya :-

  1. 5 Khemah - RM750.00 (Ambil yang tak ada scallop)
  2. Barang & Hiasan Hantaran - RM600 (buat 7/9 dulang, tak payah barang branded)
  3. Kad Jemputan 300 keping - RM150 (ambil kad jenis postcard)
  4. Bayaran Kadi & Saksi - RM150 (yang ni korang tak boleh nak bajet, tiap-tiap negeri dah ditetapkan)
  5. Bunga Pahar - RM25.00
  6. Sijil Pra Perkahwinan - RM80.00 (ambil awal-awal masa study dah jimat duit)
  7. Baju Nikah, Veil, Tudung, Kasut - RM500.00 (kenapa ily letak mahal dari harga ily? korang beli yang cantik-cantik sikit boleh bawa sanding terus, so korang dah jimat duit untuk baju sanding.)
  8. Catering 500tetamu - RM4,000.00 (ni pun dah kire mahal seorang RM8.00, nak jimat lagi pun boleh, gotong royong lagi jimat, sekarang RM5.00 untuk sorang pun ada.)
  9. Doorgift 500 tetamu - RM500.00 (kena rajin kan diri untuk diy sendiri)
  10. Photographer - RM500 (pakej burn sahaja, ambil photg yang biasa-biasa je, jangan ambil yang pro.. memang la die charge pun harga melangit, kalau nak jimat lagi, suruh je family ambilkan, tapi kalau dengan family susah juga nak ajak dieorang buat outdoor, mesti dah letih kan.)
  11. PA System - RM XXX (korang ada laptop dekat rumah? tv? korang pasang kuat-kuat pasang cable connect ke speaker, untuk kompang pun boleh buat macam ni, lepas tu minta tolong family jagakan sambil lari-lari p buat kerja)
  12. Pelamin - RM400 (kalau korang rajin dan kreatif diy sendiri lagi bagus, kalau tak rajin, ambil pelamin yang simple je sekadar untuk bergambar je)
  13. Set bilik tidur - RM XXX (kalau korang perlukan la macam ily kan.. korang pergila jalan-jalan kedai perabot, sekarang ni RM700 dah dapat semua include tilam, tapi kena rajin jalan dan tanya taw.)
  14. Cadar - RM200 (ily tak beli sebab ily anak bongsu, kakak ily pny baru pakai sekali, so just recycle balik, kalau korang ada adik beradik lain yang dah kahwin, recycle je balik okay, jangan bazir-bazir beli yang mahal-mahal.)

Kalau ikut perkiraan ily list dekat atas ni, korang dah dapat bajet bawah RM10,000.00 ... kalau nak save lagi and parents kedua-dua pihak tak kisah korang boleh tolak pelamin, cadar kalau dah ada, boleh tolak, PA system kalau ada speaker boleh tolak, set perabot bilik tidur boleh tolak, photographer kalau family boleh tolong, tolak lagi... pakej katering ambil yang RM7.00 sorang... sijil pra perkahwinan dah ambil awal-awal... RM7,000.00 kebawah... inshaAllah....

Bajet 7K kebawah, korang boleh minta hantaran dekat pihak lelaki RM5,000.00.. inshaAllah, makin cepat berlangsung kenduri tu, tak payah nak tangguh lama-lama tunggu duit cukup, pihak perempuan tambah yang mana tak cukup tu.

Untuk mas kahwin dengan cincin, ily letak mas kahwin 2dinar emas, kenapa ily pilih dinar? okay... 2 dinar ni persamaan dengan RM1xxx.xx, kalau ily minta duit banyak tu sebut depan kadi, rasa macam banyak sangat, sedangkan ily bukannya Hafizah, masak pun ala kadar je... lagipun duit tu sekadar helaian-helaian kertas je, makin lama makin jatuh.. tapi dinar ni mengikut peredaran masa, makin meningkat ekonomi negara makin meningkat juga nilai emas kan.... lagipun bila sebut 2dinar, orang tak tau berapa nilai dia, dan ily pun tak boleh nak buat p joli.. hehehe.. $_$ di akhir masa ni wang KERTAS tu dah tak ada nilai lagi... untuk cincin / gelang / rantai / GELANG KAKI :p ... dah ada plan nak kahwin, beli la masa harga emas tengah jatuh okay???

DANNN.. nasihat ily, untuk pasangan yang nak dirikan masjid ni, jangan susah hati, jangan serabut kepala... percaya pada ALLAH.. saat kita nak buat perkara-perkara yang baik, ALLAH akan permudahkan jalan kita, rajin-rajin solat Dhuha, moga ALLAH lebihkan rezeki kita... ^_^

Dannnnn lagiiii... nak ambil kesempatan, nak ucapkan terima kasih pada parents ily, sebab banyak tolong ily, kakak ily banyak sponsor, kakak, abang and bakal kak ipar banyak keluarkan tenaga dan peluh sebab nak tolong lancarkan majlis... buat zauj ily, banyak tolong ily dari segi semangat, kewangan, sabar... TQ SO MUCH!!

Sekian TIPS ily ye.... nanti ily akan tunjuk gambar hasil dari berjimat cermat ni.. hee ^_^